Pengalaman yg paling melucukan dalam hidup

 

( Gambar hiasan)

Buat pertama kali dalam hidup ini saya dan 8 orang sahabat ( asiah, asmat,farid,nadhirah, saadah, akma, raihan dan akmal amali) telah menaiki trak askar buat pertama kalinya dalam hidup kami. Semmamgnya first tu mmg excited bila MEJAR kata nak angkut kami dengan trak tu…Bila kami tgk sendiri trak tu, alamak takut la plak rasanya..hehehe.

Bukan takut tengok trak tu tapi takut bila nak naik atas trak tu..Ingatkan ada tangga tapi keadaan yg sebenarnya,, fuhhhh tingginya. Macam manalah kami nak naik trak yang tinggi tu dah la tak ada tangga. Maklumlah budak perempuan sopan santun dan lemah lembut macam kami ni mana pernah panjat trak askar, hahaha.

Sebenarnya kami naik trak tu bukan untuk suka2 tapi untuk pergi ke rumah DR.ARIF yang nak pindah ke rumah baru..First tu ingat MEJAR JASMIN yg nak pindah rumah tapi rupanya DR. ARIF yang nak pindah..huhu.

Maka bermulalah penglaman kami ni pada pukul 9.30 pagi tadi…Mula-mula kami belajar cara nak naik atas trak tu..haha. Lucuuu bila ingat kembali pengalaman tadi. Susah jugak upenya nak naik tau..tapi nasib baik ada yang buat demo kat kami. Maka kami tiru la cara nak naik..Bermacam jenis ragam cara naiknya, tak kurang jugak ada yang kena tarik sebab tak cukup tinggi, ehem saya la tu..hehe

Bila trak tu gerak, bukan main laju lagi. Dah hilang sopan kami bila terlompat- lompat je…Terhejut-henjut sampai kadang-kadang tu nak terlenteng je…Tak termasuk lagi keadaan kami yang terangkat kakinya bila trak tu membelok kiri dan kanan. FUHHHH…nasid baik la rumah DR.ARIF dekat je. Tapi semasa dalam perjalanan ada yang buat lawak…ada ke patut cakap kalau balik Kelantan dengan trak tu camne???? Terus sahabat saya menjawap dengan selamba boleh la jugak tapi dia lebih rela balik dengan fligt.

Adoiiii….macam-macam ragam dan karenah kami dalam perjalanan tu…huhu. Akhirnya kami sampai kat rumah DR. Alhamdulillah kami disambut oleh isteri DR…kami mulakan kerja mengemas kami dengan mengangkat barang2 yang ringan terlebih dahulu. Tapi yang lucunya bila kami kena membersihkan tilam berubat DR yang sudah lama tidak digunakan. Maka mulalah kerja2 menyental kotoran yang ada.. tapi yang paling best bile melihat sahabat2 saya yang berposing untuk mendapatkan posisi yang selesa. Nadhiran menyental tilah tu macam basuh baju jer, asiah pulak sibuk menghulurkan sabun untuk sahabat2 (farid, akma, saadah dan asmat) raihan pulak dok menyental tepi je..memanglah kawasan tu bersih tapi yang lain masih lagi kotor…hahahaha.

Kami pergi rumah DR dengan perut kosong lagi…Alhamdulillah mujurlah DR menjamu kami dengan nasi lemak. Jgn jeles saya ambk dua.OOOpppsss bocor rahsia.Dalam masa mengemas kotak2 yang ada kami sempat la jugak bergambar..macam pesen ( ragam) yang ditonjolkan. Bukan saje2 tapi bukti untuk MEJAR,,haha 

Setelah sume kerja mengangkat barang siap kami berkemas untuk ke rumah baru DR. Nasib baik kami naik kereta kak nurul (anak DR) kalau naik trak tu alamaknya kami dok kat bumbung la..huhu. Bila sampai jerrrr…besar sungguh rumah DR. Kerja mengangkut barangan ke dalam rumah bermulalah…selepas sume tu selesai kami buka bungkusan yang ada dalam kotak2 di dapur. Macam2 barangan kaca yang menarik hati dan comel2. Yang lucunya bila istri DR cakap beliau tak tau pun beliau ada  pinggan dan mangkuk kaca tu…adoiii pecah perut kami ketawa.

Dalam masa mengemas tu istri DR bagi kami  “sagun” . Teringat pulak masa kecik2 dulu…huhu. Tetiba jer kami terbuka criter2 masa kecik2, sambil berbual2 kami makan la sagun tu. Dah lama rasenya tak makan sagun rasa sedap la plak..hehe. Akmal < jgn jeles..

About these ads

One Response to “Pengalaman yg paling melucukan dalam hidup”

  1. fitriah013 Says:

    insyaAllah..smoga ianya mnjd pengalaman yg pling manis dlm hdup ni…huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: