AKIDAH TAUHID : Benteng penyelamat ummah

 

amir2

Sebagaimana yang kita tahu pada hari ini ramai manusia yang tidak dapat mengaitkan akidah tauhid dalam kehidupan harian mereka. Secara umumnya mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai pembahagian akidah  tauhid itu sendiri. Akidah Islamiyah atau Akidah Tauhid akan kukuh dan dapat menghadapi ujan daripada pelbagai fahaman atau kepercayaaan yang salah, jika didasari oleh ilmu akidah yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dari segi bahasa : Rububiyyah berasal daripada perkataan “rabbun” yang beerti Al-Maalik dan Al-Mudabbir yang membawa makna (penguasa, pemilik dan pengatur). Dengan demikian, apa yang dimaksudkan dengan Rububiyyah ialah mengesakan Allah SWT sebagai satu-satunya yang menciptakan segala apa yang ada dan juga yang akan ada. Bahawasanya Dia juga Maha Penguasa dan Maha Mengatur seluruh mekanisme yang bergerak dan segala hajat makhlukNya.

Akidah Isalamiyah atau Aqidah  Tauhid akan kukuh dan dapat menghadapi ujian daripada pelbagai fahaman atau kepercayaan yang salah, jika didasari oleh ilmu akidah yang benar iaitu ilmu tauhid yang bersumberkan Al–Quran dan juga as-Sunnah.

Enam rukun yang bersumberkan dua kalimah syahadah mendorong setiap muslim meningkatkan kualiti diri dan iman ke tahap ma’rifat (mengenal) Alah,malaikat,kitab-kitab Allah, Rasul-rasul Allah, hari akhirat serta qada’ dan qadar Allah SWT. Keenam-enam seperti yag disebut menjadi asa aqidah islamiyah yang merupakan kesatuan yang tidak akan berubah-ubah. Walaupun berlaku perubahan zaman dan perbezaan tempat serta golongan masyarakat. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap ALLAH dan RasulNYA. Serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Sebagimana yang kita tahu bahawa dua kalimah shahadat itu merupakan benteng antara daerah kekufuran dan keimanan. Ia juga menjadi pintu gerbang masuknya seseorang daripada daerah kafir kepada keimanan. Demikianlah benteng antara daerah kafir dan daerah iman itu mempunyai “dua pintu” utama.

Pintu yang pertama (tauhidullah) mempunyai tiga buah kunci, iaitu kunci rububiyyah, uluhiyyah, serta asma’ wa sifatNya. Sedangkan pintu yang kedua hanya mempunyai satu kunci, iaitu bersaksikan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul dan utusannya. Dalam kaedah usul Ahlus Sunnah Wal Jamaah dikatakan bahawa iman seseorang itu akan bertambah dan berkurang. Ini menunjukkan bahawa tingkat iman itu bergantung daripada pemahaman dan lingkupnya.

Orang kafir yang telah bersedia mengucapkan dua kalimah syahadah itu dikatakan telah memeluk Islam. Meskipun ia baru mengetahui kaedah syahadat itu secara global atau umum. Ucapan dua kalimah syahadat hanya baru sampai di lisan dan hatinya. Ia belum diwujubkan melalui perbuatannya yang sesuai dengan aturan. Seperti penetapan dan penolakkan yang terkandung di dalam kaliah syahadat itu.

Namum penegasan lisan yang demikian itu tetap sah dan dinyatakan sebagai pintu gerbang Islam. Tetapi untuk langkah selanjutnya, ia harus berusaha memahami segala ketentuan dan kewajipan yang terkandung dalam kalimah syahadat serta yakin dan mewujubkannya dalam bentuk amal pebuatan.

Rububiyyah Allah SWT juga mengandungi pengertian bahawa Allah SWT adalah pelaku mutlak dalam setiap kejadian, misalnya dalam penciptaan, pengaturan, perubahan, penambahan, pengurangan, penentu langkah, menghidupkan , mematikan dan membuat sesuatu. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Penulis buku Syarah Aqidah Thahawiyah mengatakan kita harus yakin bahawa setiap kejadian selalunya bersumberkan dari ilmu Allah SWT dan terpulang pada iradat dan kudratNya.

Gelaran Al- Khalik, Al- Maalik dan Al-Mudabbir hanya layak disandang oleh Allah SWT. Ini kerana Dialah yang menyandang sifat kesempurnaan, keagungan dan keindahan. Zat Yang Maha Sempurna itu pasti Hidup, Mendengar, Melihat, Berkuasa dan Mempunyai Kalam. Dialah yang berhak memiliki sifat takabur (sombong). Dia  juga berhak mendapat pujian, syukur, zikir, doa dan harapan. Dia juga berhak  untuk dicintai dan ditakuti azabnya.

Cara memperkukuhkan Tauhid Rububiyyah

a)      Berfikir tentang alam ciptaan Allah SWT dan system alam yang disediakan Olehnya yang tidak dapat dicipta oleh manusia.

b)      Memanfatkan ilmu sains untuk membolehkan manusia mengetahui kehebatan keajaiban alam ciptaan Allah Taa’la daripada atom yang paling halus sehinggalah kepada matahari yang besar.

c)      Hubungkan antara ayat-ayat Al-Quran sebagai ayat al-Qauli ( ayat-ayat atau tanda ketuanan Allah SWT menerusi firman-Nya.

d)     Memnaca al-Quran dan mempelajari tafsirnya supaya manusia dapat mengetahui ayat-ayat yang menunjukkan Rububiyyah Allah.

7.4 Uluhiyyah Allah SWT

Uluhiyyah Allah SWT juga disebut sebagai Tauhid Ubudiyyah adalah suatu pernyataan tegas daripada hamba Nya yang menyatakan bahawa Dialah Ilaahul Haqh. Serta tidak ada Ilah selain Dia. Kita diwajibkan mengilahkanNya dan beribadat hanya kepadaNya. Inilah yang diseru oleh para Rasul-rasul iaitu menyeru manusia  beribadah (mengabdikan diri) hanya kepada Allah SWTI. Ibadah tersebut harus mengcakupi pengertian terhadap adanya ikatan keyakinan uluhiyyaNya, rasa rendah diri, dan patuh kepadaNya sepenuhnya.

Uluhiyyah merupaksn amalan dan penghayatan bagi keyakinan kita terhadap Allah SWT. Dengan kata lain, ianya mencakupi amlan hati, lisan dan perbuatan (ibadah) hamba Allah Taa’la  yang dilakukan dengan penuh keikhlasan. Ertinya, kebenaran, keyakinan dan pengakuan atau syahadah hamba Allah Taa’la itu dibuktikan dengan amalan mengikut syari’at yang ditentukan Allah SWT. Natijah daripada Tauhid Uluhiyyah ialah melahirkan manusia yang bertaqwa, Berjaya, dan cemerlang (al-Muflihun) mereka inlah yang tergolong dalam istikah Ummata wasatan yakni umat yang saksama yang menjadi tunggak bagi umat-umat lain.

Dorongan Tauhid Uluhiyyah manusia hidup beribadah

Terdapat dua faktor mendorong manusia melakukan ibadah :

1)      Factor kelemahan manusia dan kekurangan mereka.

a)      Manusia bersifat lemah dan banyak kekurangan. Mereka tidak dapat mengatasi kesemua itu serta menyempurnakan sendiri.

b)      Kelebihan dan kekuatan yang ada pada manusia amat terbatas dan bersifat sementara serta tertakluk pada keadaan dan masa.

c)      Banyal perkara yang tidak diketahui oleh manusia sama ada perkara yang terjadi pada masa lalu atau apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

2)      Factor kemahuan dan keinginan manusia

a)      Manusia mempunyai berbagai-bagai kemahuan dan keinginan, sedang mereka tidak dapat memenuhi kemahuan itu dengan sendiri.

b)      Terlalu sedikit kemahuan mereka dapat dipenuhi oleh mereka sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: