TENTANG SAYA

aniwaterfall

Assalamualaikum! Nama saya ialah fitriah bt mohd zabidi… berasal daripada bachok, kelantan. Saya tinggal bersama keluarga di kampung Kemasin. Tetapi sekarang saya melanjutkan pelajaran ke UKM dan saya tinggal di kolej Pendeta za’ba.

Saya mempunyai tujuh orang adik beradik. Saya merupakan anak sulung yang merangkap sebagai ketua kepada adik-adik saya. tugasan sebagai anak sulung sememangnya amat berat. setiap tanggungjawap yang diamanahkan Allah kepada kita akan dipersoalkan kelak. oleh itu, kita harus menjadi contoh dan teladan yang baik kepada adik-adik kita. supaya setiap kejayaan yang kita raih diharapkan menjadi inspirasi kepada mereka untuk berjaya. semoga mereka berjaya di dunia dan di akhirat. AMIN…

Dulu, masa bersama dengan keluarga tidaklah memahami erti  kerinduan.. tapi bila berada di perantauan barulah sangat-sangat terasa. RINDUNYA… kat abah, umi.dan adik-adik saya. Bak kata pepatah melayu ” Yang Jauh Dekat Di HATI “.

Kalau terasa rindu, saya akan menelefon umi dan abah. Tapi yang kelakarnya orang lain call parent tiga hari sekali, tapi saya call umi tiga kali sehari. hehe. Memanglah kredit cepat habis, tapi berbaloi dapat dengar suara umi dengan abah walaupun dah habis modal nak cakap.

Oleh itu, cepat-cepatlah beli tiket bas ye! takut nanti orang lain beraya di kampung tapi kita beraya kat UKM.. Nanti nangis tak berlagu la.

Masa yang di anggap lama pejam celik sudah nak akhir sem saya berada di sini. alhamdulillah saya dapat mempelajari pelbagai ilmu yang bermanfaat sepanjang keberadaan saya di sini.

4 Responses to “TENTANG SAYA”

  1. syukriahhoa Says:

    assalamualaikum..
    salam perkenalan…:)

  2. salam ukhuwah………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: