PENDIDIKAN

DSC00964

Page ini berkaitan dengan pendidikan saya. Pendidikan saya yang paling awal adalah di Pasti Kg. Sungai. Saya memulakan alam persekolahan saya ketika saya berumur 5 tahun. Selepas itu saya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Golok, pada ketika itu saya berumur 7 tahun . Saya bersekolah di sana selama 6 tahun, iaitu daripada darjah satu sehinggalah darjah enam. Kemudian saya menyambung pelajaran peringkat menengah di Mahaahad Amir Indra Petra. Seperti sekolah rendah juga, saya belajar di sana selama 6 tahun. Selepas mengambil STAM, saya bercita-cita untuk menyambung pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Alhamdulillah dengan keputusan peperiksaan STAM yang saya perolehi, akhirnya saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti idaman saya. Iaitu, Universiti Kebangsaan Malaysia yang semakin terkehadapan selepas diiktiraf sebagai salah satu daripada universiti penyelidikkan yang terkemuka.

sekolahku4

Inilah wajah sekolah saya, Maahad Amir Indra Petra. Sekolah ini merupakan tempat saya menyambung pelajaran di peringkat menengah serta tempat yang saya sangat rindui sekarang. Selama ini saya tidak terfikir bahawa saya akan berpisah dengan sekolah yang banyak  memberi pengajaran kepada saya selama ini. Saya mula masuk ke sekolah ini pada tahun 2003, sebelum ini nama sekolah ini adalah dikenali sebagai SMU (A) Amir Indra Petra. kemudian pada tahun 2007 Yayasan Negeri Kelantan telah menaikkan taraf sekolah ini kepada maahad.

saya mulakan pengajian saya bermula pada peringkat peralihan, tetapi belum sampai setengah tahun saya dinaikkan kepada tingkatan satu apabila saya lulus peperiksaan uksa. UKSA merupakan suatu peperiksaan yang memberi peluang kepada pelajar peralihan untuk melangkau kepada tingkatan satu secara peperiksaan.

hehe…sekarang saya melanjutkan pelajaran ke ukm dengan menggunakan sijil stam. saya sangat beruntung kerana mendapat didikan yang memberikan saya untuk melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. saya sangat merindui masa-masa saya di sekolah dahulu. sungguh kelakar apabila mengenangkan kembali saat saya di situ, kerana saya merasa sungguh bosan kerana saya pernah terfikir bila saya boleh keluar daripada sekolah tersebut. saya kini sangat-sangat merindui keadaan sekolah saya yang sangat tenang dan harmoni.

maip8

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: